Wednesday, August 25, 2010

Assalamualaikum w.t.h

Bersedekah adalah amalan mulia yang sangat dituntut oleh Allah. Semakin banyak kita bersedekah, semakin murah rezeki kita. Ramai di antara kita yang mahu melakukannya, tetapi apakan daya, pendapatan yang kita perolehi terikat kepada komitmen kewangan bulanan - di situlah letaknya bayaran yang pelbagai : hutang rumah, kereta, kad kredit dan belanja - belanja.